KUANTAN - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Seri Damai dan Kampung Pahang di sini kembali dibuka selepas kawasan itu kembali dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak kelmarin.

Seramai 53 mangsa daripada 15 keluarga berada di PPS berkenaan sehingga jam 10 pagi tadi.

Selain itu, kampung Kuala Semantan, Raub juga kembali dilanda banjir memaksa  sembilan mangsa daripada tiga keluarga berpindah ke PPS yang dibuka di masjid kampung berkenaan sejak semalam.

Manakala daerah Pekan mencatatkan jumlah bilangan masa tertinggi dengan 1,299 mangsa daripada 326 keluarga terus berada di 11 PPS termasuk yang sedia ada dan baharu dibuka.

Diikuti Rompin dengan empat pusat pemindahan dibuka di Kampung Setajam, Kampung Pianggu, Leban Chondong dan Kampung Tekek, Pulau Tioman dengan mangsa keseluruhan di daerah itu 294 mangsa daripada 81 keluara terjejas.

Sehingga jam 10 pagi tadi, jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini seramai 1,655 daripada 425 keluarga berada di 18 PPS melibatkan empat daerah terjejas.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Raub berkurangan kepada 89 orang hingga 8 pagi ini yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 92 malam tadi.
  • PEKAN - Selepas lebih dua minggu dilanda banjir, akhirnya banjir di Pekan kembali pulih dengan kesemua 102 mangsa yang ditempatkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 2.30 petang tadi.
  • KUANTAN - Seramai 102 mangsa banjir masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pekan, setakat 8 malam ini.
  • KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang berkurangan 1,078 orang hingga 12 tengah hari ini dengan ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,506 pagi tadi.