KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Maran berkurangan kepada 228 orang daripada 53 keluarga sehingga 6 petang ini, berbanding 402 orang daripada 103 keluarga pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata kesemua mangsa itu ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi berbanding enam PPS pagi tadi.

“Dua PPS tersebut ialah PPS Kampung Baru Sungai Chedung yang menempatkan 224 orang daripada 52 keluarga dan PPS Surau Kampung Bintang menempatkan empat orang sekeluarga,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya empat lagi PPS iaitu Surau Taman Sri Chedung, Balai Raya Kampung Berkat, Surau Taman Maran Jaya dan Masjid As-Syikirin telah ditutup pada 2 petang tadi. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TATAU - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menghantar 14 tan bekalan makanan untuk keperluan 4,354 penduduk terjejas banjir menggunakan helikopter Mi-171.
  • KUCHING - Cuaca baik sejak semalam hampir di seluruh bahagian di Sarawak menjadikan jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) mulai berkurangan sedikit pagi ini berbanding malam tadi, malah ia dijangka akan lebih ketara pada sebelah petangnya.
  • KUCHING - Jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 2,382 orang merangkumi 662 keluarga 4 petang ini berbanding 2,640 mangsa daripada 727 keluarga yang dicatatkan tengah hari tadi.
  • SUNGAI BULOH - Insiden 2005 berulang apabila enam rumah di Zon Cempaka Paya Jaras Hilir, di sini, yang sekian lama tidak dilanda banjir kilat, ditenggelami air, kelmarin.
  • KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Maran berkurangan kepada 126 orang daripada 27 keluarga hingga 9 pagi ini berbanding 228 orang daripada 53 keluarga malam tadi.