KUANTAN - Seorang majikan ingin menjejaki waris dan keluarga pekerjanya yang dipercayai berada di Johor.

Yang Yuan Hui, 44 memberitahu,pekerja terbabit, Heng Fook Yong, 77, telah bekerja lebih 20 tahun lalu dan tinggal di kilang milik keluarganya yang terletak di Galing.

Menurutnya, dia dan keluarga tidak mengetahui asal-usul Fook Yong yang hanya memberitahu keluarganya berada di Johor dan dipercayai tidak pernah berhubung dengan mereka sepanjang tinggal di bandar ini.

“Pekerja saya ini ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sejak semalam (kelmarin) selepas mengadu sesak nafas dan hasil pemeriksaan, dia dikesan mengidap paru-paru berair.

“Tujuan saya untuk menjejaki waris dan keluarganya untuk mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul pada masa akan datang,”katanya di sini semalam.

Beliau yang hadir bersama isterinya, Wong Lee Ping, 41 ditemui ketika sidang media di Pusat Khidmat Dun Teruntum bersama Adun Teruntum, Sim Chon Siang di sini semalam.

Menurutnya selain penyakit tersebut, Fook Yong yang hanya memiliki kad pengenalan sementara itu turut mengidap sakit prostat.

“Saya berharap sesiapa yang mengenali ataupun warisnya menghubungi kami segera,” katanya lagi.

Sementara itu, Chon Siang memberitahu, orang ramai ataupun mereka yang mengetahui dan mengenali Fook Yong menghubungi beliau di talian 012-9818819.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ini meminta kerjasama orang ramai mengesan waris seorang bayi perempuan berusia setahun sebulan.
  • SEPANG - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sepang sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang ditinggalkan.
  • MUAR - Sepasang suami isteri dari Bandar Maharani, di sini, memohon orang ramai untuk membantu menjejaki bapa kandung kepada anak angkat mereka, Nur Aisyah Izzara Khairul Anuar yang berusia 24 hari.
  • JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas dilanggar beberapa kenderaan dalam kemalangan di KM18 Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling, awal pagi tadi.