MARAN - Lima lelaki ditangkap dalam tiga serbuan berbeza melibatkan kes dadah di Felda Jengka 1, 2 dan 12, dalam tempoh kurang seminggu, bulan ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, hasil tangkapan tersebut sejumlah 66.17 gram heroin dan 6.39 gram syabu, dirampas.

Menurutnya, berdasarkan serbuan tersebut, kawasan perkuburan dan ladang kelapa sawit antara lokasi dijadikan sarang penagihan dan pengedaran dadah di sekitar Felda, di sini.

Bagi serbuan pertama katanya, tangkapam dibuat terhadap dua lelaki di kawasan perkuburan Felda Jengka 2, kira-kira jam 4.40 petang, 4  April lalu.

"Kedua-dua mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh anggota serbuan. Pemeriksaan fizikal terhadap suspek- suspek telah menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan jernih kristal disyaki dadah Syabu dengan abggaran berat 5.47 gram dari dalam poket seluar jeans.

Serta dua paket plastik lutsinar dan dua keratan tiub straw berisi serbuk/ketulan kekuningan disyaki dadah jenis Heroin dengan anggaran berat 41.04 gram dalam beg silang suspek kedua," katanya.

Mazlan berkata, serbuan kedua pada jam 11.45 malam, 7 April lalu pula melibatkan seorang lelaki Melayu berusia 31 tahun di sebuah lokasi belakang Sekolah Menengah dalam ladang kelapa sawit di Felda Jengka 12.

"Semasa serbuan suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap setelah berlaku kejar mengejar dan pergelutan antara suspek dengan anggota serbuan.  Polis menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas suspek dan telah menjumpai dua paket plastik lutsinar berisi ketulan serbuk disyaki dadah jenis Heroin seberat 21.37 gram.

"Ujian saringan awal mendapati suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Tangkapan kali ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman mandatori, gantung sampai mati, jika sabit kesalahan," katanya.

Mazlan berkata, bagi serbuan dijalankan pada 10 April, dua lelaki Melayu berusia 50 dan 32 tahun  ditangkap di pondok belakang sebuah rumah di Felda Jengka 1, di sini.

"Polis menemui sebuah beg di atas meja mengandungi empat paket dan satu keratan tiub straw mengandungi serbuk ketulan disyaki dadah jenis Heroin dengan anggaran berat 3.40 gram serta satu keratan tiub straw mengandungi ketulan jernih kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 0.07 gram.

"Kedua-dua mereka memiliki rekod lampau bersabit dadah manakala suspek berusia 50 tahun juga pernah mempunyai rekod siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952. Tangkapan kali ini dibuat di bawah Seksyen 39 A (1); Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952," katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAIPING - Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah dalam satu pemeriksaan di sebuah apartmen di Kamunting serta merampas dadah bernilai RM13,000, kelmarin.
  • GEMAS - Seorang penganggur yang baru dua bulan kembali aktif mengedar dadah di sekitar kawasan Jelai, ditangkap sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Tampin, kira-kira jam 12.30 tengah malam, semalam.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas disabitkan kesalahan atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin pada Jun 2015.
  • SHAH ALAM - Polis menahan lima suspek termasuk seorang kakitangan kerajaan dan merampas lebih 34 kg ganja bernilai RM107,300 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, pada Khamis dan Jumaat lepas.
  • KUALA TERENGGANU - “Awak sepatutnya sudah insaf lama sebab selalu keluar masuk penjara, tetapi awak terus mengulangi kesalahan sama dan hukuman diberikan ini adalah pengakhiran untuk kesalahan dilakukan,” kata Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Zainal Azman Ab Aziz ketika penghakimannya sebelum menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh, Zulkifli Ngah, 45, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.