KAMPUNG SEKUKUH DARAT, Pekan – Dua beranak hidup tanpa bekalan elektrik selama lebih setahun disebabkan ketiadaan kotak suis utama di rumah yang diperoleh daripada bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Warga emas, Habsah Sulaiman, 74, dan anak keduanya, Mahadi Osman, 45, hanya bergantung kepada aktiviti mengutip ketam nipah sebagai sumber pendapatan.

Mahadi berkata, pendapatan kecil setiap hari menyebabkan kami tidak cukup wang untuk memasang sistem pendawaian di rumah.

“Arwah ayah, Osman Latiff meninggal dunia pada 1969 akibat demam panas dan kami tiga beradik dibesarkan ibu yang bekerja sebagai nelayan kecil dan mengutip ketam nipah.

“Kini ibu semakin uzur namun masih turun ke sungai untuk mencari ketam nipah yang mana hasil kutipan paling banyak hanya kira-kira RM30 sehari,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ibunya turut memperoleh bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 namun jumlah tersebut hanya dapat digunakan untuk menampung keperluan harian dan ubat-ubatan yang diperlukan.

“Kami tinggal di rumah PPRT ini sejak lima tahun lepas namun ketiadaan bekalan elektrik sejak lebih setahun lalu akibat kerosakan pada kotak suis utama menyebabkan kami menggunakan lilin pada waktu malam.

“Saya berharap agar ada pihak sudi membantu mendapatkan kotak suis utama bagi memastikan kehidupan kami lebih baik dengan memperolehkemudahan bekalan elektrik,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.