KUANTAN - Bagi memberikan kesedaran kepada umum,  Pahang melancarkan kempen Kesedaran Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak peringkat negeri dalam usaha mendapatkan komitmen daripada semua pihak yang berkepentingan untuk menangani dan menghentikan isu jenayah seksual di kalangan kanak-kanak.

Kempen selama sembilan hari yang bermula di Dataran Setia, Wisma Sri Pahang, di sini, turut menyasarkan masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenayah seksual kanak-kanak.

Isteri Menteri Besar, Datin Seri Junaini Kassim yang juga Pengerusi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Teratai) berkata, kempen itu diharap membantu mereka yang pernah menjadi mangsa atau di kalangan masyarakat yang mengetahui kes terbabit supaya lebih berani tampil memberikan maklumat.

"Kempen ini juga tidak hanya diadakan di lokasi tertentu saja kerana ia lebih kepada kawasan tumpuan ramai seperti pusat beli belah dan pasar awam dan pasar pagi.

"Kempen ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Perpaduan negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan pembangunan Wanita Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK),” katanya pada sidang media sempena pelancaran kempen itu, hari ini.

Junaini berkata, satu portal Pahang Cakna yang dikhaskan untuk mangsa dan keluarga mangsa yang terbabit dengan jenayah seksual itu mengemukakan aduan berkenaan.

Beliau berkata, kewujudan portal itu dapat mempercepatkan maklum balas daripada pihak berkaitan untuk diambil tindakan.

"Oleh itu, kita meminta masyarakat di negeri ini bersama memberikan sokongan termasuk menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan.

“Kita juga mengalu-alukan pihak yang mempunyai pengalaman sedemikian supaya berkongsi agar ia menjadi iktibar kepada semua,”katanya.

Kempen itu turut mendapat sokongan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang akan merasmikan Seminar Hentikan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah pada 22 April ini.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PORT DICKSON - "Ibu ibu ibu"... Fara memanggil ibu saudaranya yang digelarkan ibu sambil menangis ketika penculik menghuhungi talefon Ayu Aslinda Abdullah, 44, dipercayai beberapa minit sebelum memulangkan kanak-kanak tersebut.
  • GUA MUSANG - Disaat kanak-kanak lain seusianya sedang menikmati keriangan di taman permainan, anak kecil ini hanya mampu terbaring lesu mendepani penyakit.
  • BESUT - Kegembiraan seorang kanak-kanak 8 tahun bermain sembunyi-sembunyi bersama saudara dan rakannya di dalam kawasan hutan pokok gelam berhampiran rumahnya di Kampung Benting Lintang, Kampung Raja semalam berakhir dengan tragedi apabila dia maut disengat lebih 60 ekor tebuan.
  • MIRI - Polis mengklasifikasikan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Limbang pada 27 Julai lepas sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • BATU PAHAT - Ibu angkat yang juga suspek utama kes penderaan kanak-kanak berusia 21 bulan, Muhamad Al Fateh Abdullah, pernah meluahkan perasaan mengenai ujian berat yang dihadapinya di akaun Facebook miliknya pada 11 Jun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.