JERANTUT - Kerajaan membelanjakan RM2 juta untuk membangunkan Felda Sungai Tekam Utara, di sini, dengan menyediakan pelbagai prasarana bagi membolehkan masyarakat hidup lebih selesa seiring pembangunan negara.  

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Mohd Rashid Abbas berkata, antara kemudahan yang diterima adalah sebuah dewan orang ramai bernilai RM800,000, bangunan belia (RM60,000), pembinaan padang bola (RM60,000), padang futsal, pusat jalur lebar dan tempat penimbang kelapa sawit.

Menurutnya, rumah untuk kakitangan Felda juga masih dalam pembinaan.

“Sudah semestinya penduduk gembira dengan pembangunan pesat di kawasan ini. Dapatlah mereka mengadakan pelbagai program dan jana pendapatan,” katanya.

Mohd Rashid berkata, pihaknya juga berusaha mendapatkan pembinaan rumah bagi generasi kedua sebanyak 146 lot di tanah rancangan itu.

Menurutnya, pihaknya mencadangkan 100 lot untuk warga Felda Sungai Tekam Utara manakala selebihnya dibahagikan kepada penduduk berhampiran.

“Kita cadang bina rumah generasi kedua di simpang masuk tanah rancangan ini. Kita akan pastikan mereka ada rumah sendiri,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta supaya tidak berharap sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dalam usaha menangani masalah banjir di negeri ini.
  • KUANTAN - Tujuh kontrak Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Pahang dibatalkan.
  • GUA MUSANG - Program Jom Ke Sekolah dengan kerjasama Felda dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu inisiatif kebangsaan bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.
  • KUANTAN - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan menyambut baik langkah Felda mentransformasikan tanah rancangan Felda sebagai bandar pintar melalui pelancaran Felda 2.0 dengan memilih Felda Lurah Bilut, Bentong sebagai projek perintisnya tahun depan.
  • BALING - Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5-PM) Cawangan Kedah mendakwa BN cuba melemahkan pengaruh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Johor, selain mahu merampas kekayaan Selangor melalui pembinaan 10 SJKC di kedua-dua negeri berkenaan.