KUANTAN - Sebuah kedai menjual barangan besi dan logam di Sungai Karak, Bentong musnah apabila premis itu terbakar kira-kira jam 8.40 malam, kelmarin.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Anuar Hassan berkata, premis perniagaan itu 100 peratus musnah, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan sama ada dari dalam mahupun luar premis.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berlaku di dalam ruang pemprosesan cat iaitu mesin pengadun cat yang beroperasi 24 jam.

“Pihak bomba mendapati berlaku beberapa letupan dan kebakaran kecil, namun berjaya dikawal sepenuhnya oleh anggota yang terlibat dalam operasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sebelum itu,  Anuar berkata, pihak Bomba Karak ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan terbabit daripada orang awam kira-kira 10 minit dengan anggaran jarak 15 kilometer dari balai tersebut.

Katanya, seramai 12 anggota yang diketuai Pegawai Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Suhairul Ibrahim terlibat dan ia turut mendapat bantuan Balai Bomba Bentong, Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Perting seramai enam anggota.

“Sebaik sahaja sampai di  lokasi, anggota mendapati premis kedai itu 100 peratus sedang terbakar. Mereka kemudian menggunakan dua aliran hose reel dan dua aliran hose 200 kali dengan anggaran keluasan 50 x100 kaki bagi mengawal kebakaran.

“Semasa kerja memadam api dilakukan, terdapat masalah pada tekanan air, dan pihak bomba seterusnya menggunakan satu unit Fire Rescue Tender (FRT), dua aliran hose reel dan foam untuk kawal api daripada merebak,” katanya.

Anuar berkata, kebakaran di premis perniagaan berkenaan berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 10.30 malam pada hari kejadian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI TENGI - Kebakaran melibatkan longgokan sisa tandan kelapa sawit di Kilang Sawit Sungai Tengi yang berlarutan sejak dua hari berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya, semalam.
  • TUMPAT - Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di kampung Kok Keli musnah dalam kebakaran malam tadi.
  • KUANTAN - Seorang warga emas bersyukur kerana dia dan keluarga tiada di rumah ketika rumahnya di Kampung Sungai Ular, di sini terbakar, Sabtu lalu.
  • TAMPIN - Sebuah rumah pusaka berusia puluhan tahun tidak berpenghuni musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Tenai-Ayer Gelugor, di sini, hari ini.
  • ARAU - Bangunan pentadbiran Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terbabit dalam kebakaran kira-kira jam 7.15 petang tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.