BANDAR JENGKA - Karnival Sukan Pasti Kawasan Kuala Krau menyaksikan Pasti Al-Qaradhawi Kerdau menjuarai sukan bola sepak dan bola jaring, minggu lalu.

Sebanyak 12 kontinjen dari keseluruhan 14 Pasti Cawangan telah menyertai Karnival Sukan Pasti Kawasan Kuala Krau pada kali ini dengan dua sukan utama dipertandingkan iaitu sukan bola sepak bagi murid-murid lelaki dan sukan bola jaring bagi murid-murid perempuan.

Naib Yang Dipertua Pas Kuala Krau, Kamal Ashaari berkata, karnival sukan ini dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontinjen-kontinjen di hadapan tetamu kehormat, dif-dif jemputan dari Dewan Pemuda Pas Kuala Krau dan Pas Kawasan Kuala Krau.

"Tahniah diucapkan kepada kanak-kanak pasti dari sekolah sekolah yang berjaya. Kebolehan mereka dalam bersukan ini membuktikan pencapaian para guru dalam mendidik dan memberikan latihan kepada anak anak kecil ini.

"Para kontinjen berbaris dengan pakaian warna-warni mempamerkan pemakaian yang seragam dan unik berserta dengan papan tanda dan bunga manggar.

"Semua pasukan yang bertanding menunjukkan aksi-aksi menarik perhatian bersama semangat kesukanan dalam suasana ukhuwwah yang tinggi," Katanya ketika merasmikan karnival tersebut di Stadium Mini Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka.

Bagi sukan bola sepak, naib johan dimenangi Pasti Nurul Iman dari Bandar Pusat Jengka manakala tempat ketiga dimenangi Pasti An-Nur dari Felda Jengka 15, disusuli Pasti Az-Zahrah Jengka 18 yang mendapat tempat ke empat.

Bagi sukan bola jaring pula, tempat kedua dimenangi Pasti An Nur Jengka 15, tempat krtiga Pasti Nurul Iman Bandar Pusat Jengka dan Pasti Al Fateh dari Felda Jengka 21 di tempat ke empat.

Susulan kejohanan tersebut, Kamal berkata, pasukan gabungan akan dibentuk bagi mewakili Pasti Kawasan Kuala Krau untuk mendominasi Temasya Sukan Pasti Negeri Pahang pada 1-2 April 2017 nanti.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Aireroshairi Roslan selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Kuala Krau.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PONTIAN - Dua Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) yang diselia di bawah Pemuda Pas Kawasan Pontian akan berpindah dan beroperasi di tempat baharu pada tahun hadapan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.