KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan nyaris maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika mangsa sedang berlari menuju ke arah ibunya yang masuk ke kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Kampung Awah di Maran petang semalam.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira 2 petang apabila mangsa berumur lingkungan lima tahun itu tidak menyedari kemunculan kereta jenis Perodua Myvi yang secara tiba-tiba meluru laju ke arahnya hingga menyebabkannya jatuh tersungkur.

Berikutan kejadian itu difahamkan mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri dan video rakaman kejadian itu dari kamera litar tertutup (CCTV)  di stesen minyak yang berdurasi 18 saat itu menjadi viral di laman sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran DSP Mat Rizal Mat Radzi ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Katanya, keluarga mangsa telah menarik balik laporan polis dibuat kerana mahu menyelesaikan kes berkenaan secara damai dengan pemandu berkenaan. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SERI KEMBANGAN - “Semua orang cepat-cepat tapau duit dan ambil baju, pasport kemudian pergi dari rumah,” begitulah pesanan terakhir seorang wanita yang dikirimkan menerusi tulisan Cina ke grup WhatsApp keluarganya sebelum ditemui maut di Pangsapuri Seri Aman di sini, petang kelmarin.
  • KEMAMAN - Seorang peniaga maut selepas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandunya bersendirian hilang kawalan sebelum memasuki semak.
  • GUA MUSANG - Seorang lelaki ditemui mati di tepi jalan, berdekatan simpang tiga Taman Agropolitan Rantau Manis (ECER), di sini, pagi tadi.
  • KOTA KINABALU - Empat pelajar wanita maut, manakala lima cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Kanibongan Pitas, pagi tadi.
  • JOHOR BAHRU - Dua lelaki dipercayai pekerja di tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi, maut dihempap kren, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian di tapak berkenaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.