KUANTAN - Seramai 53 mangsa daripada 15 keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Seri Damai dan Kampung Pahang di sini yang kembali dibuka selepas kawasan itu kembali dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak kelmarin sudah ditutup, petang ini.

Turut ditutup PPS di  masjid Kampung Kuala Semantan, Raub apabila sembilan mangsa daripada tiga keluarga yang dipindahkan  sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga jam 5 petang tadi, jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini seramai 1,532 daripada 396 keluarga berada di 14 PPS dengan dua  daerah masih terjejas.

Pekan mencatatkan jumlah bilangan masa tertinggi dengan 1,238 mangsa daripada 315 keluarga yang kini berada di 10 PPS.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan  berbanding  1,299 mangsa daripada 326 keluarga yang dilaporkan jam 10 pagi semalam.

Bagaimanapun bilangan mangsa banjir yang berada di  empat pusat pemindahan di daerah Rompin iaitu di Kampung Setajam, Kampung Pianggu, Leban Chondong dan Kampung Tekek, Pulau Tioman kekal 294 mangsa daripada 81 keluarga terjejas.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :