KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Rompin dekat sini, berkurangan kepada 99 orang daripada 28 keluarga petang ini berbanding 162 orang daripada 45 keluarga tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara Balai Raya Kampung Setajam, Rompin.  

"Keadaan banjir semakin pulih dan sehingga kini tiada jalan yang ditutup," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – Bernama

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.