KUALA ROMPIN - Sebuah bot pukat tunda ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) negeri selepas dipercayai melakukan aktiviti memukat di kawasan larangan berhampiran perairan Pulau Tioman di sini, Selasa lalu.

Pengarahnya, Mohd Fazli Long, berkata, penahanan kira-kira jam 6.30 petang itu dilakukan ketika membuat rondaan selepas menerima aduan awam berhubung kehadiran bot pukat tunda berkenaan.

“Ketika rondaan dijalankan, anggota telah melihat sebuah bot melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan peralatan pukat tunda dan pemeriksaan awal mendapati lima nelayan berada di atas bot tempatan itu.

"Bot berkenaan kemudian diiring ke Jeti Marina Tanjung Gemok, manakala kes diserahkan kepada Jabatan Perikanan Pahang untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Fazli berkata, bot berkenaan dipercayai melanggar Akta Perikanan 1985 pindaan 2004 dan laporan polis juga telah dibuat susulan daripada penahanan itu.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan kekecewaan atas aktiviti pukat tunda di kawasan larangan perikanan kerana ia boleh menyebabkan kemusnahan terumbu karang dan hidupan laut lain.

“Kemusnahan hasil aktiviti nelayan di kawasan larangan boleh memusnahkan segala yang ada di dasar laut dan boleh dikatakan ratusan tahun belum tentu mempunyai ganti.

“Ini kerana kaedah pukat tunda akan mengaut semua yang ada di dasar atau 'sapu bersih' hinggakan jika kita turun ke dasar boleh lihat seperti ada laluan bagaikan 'highway’ yang terbentuk,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat pindaan terhadap dasar Tanah negeri itu bagi menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini.
  • JITRA - Dua lagi suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan insiden seorang pegawai rendah polis maut ditembak di Taman Sri Hosba, Changlun, Jumaat lepas, direman selama enam hari bermula hari ini.
  • PASIR MAS - Sebanyak 50 aduan berkaitan dengan penipuan jualan online diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK) bagi tahun ini.
  • KUALA LUMPUR - Seorang banduan wanita yang sedang menjalani hukuman penjara setahun atas kesalahan menipu, dihukum penjara lapan bulan hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menerima wang yang bukan miliknya, tahun lalu.
  • TEMERLOH - Dua lelaki dipercayai penagih dadah lolos dari tahanan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Temerloh di pejabat agensi itu di sini semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.