TEMERLOH - Laluan Jambatan Sungai Semantan Temerloh akan ditutup sepenuhnya buat pengguna jalan raya pada 23 hingga 27 Julai ini.

Penutupan ini bagi memberikan ruang kepada pemasangan tulang jambatan tersebut.

Bagi kenderaan ringan, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif melalui Lubuk Kawah.

Manakala pengguna kenderaan berat boleh menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mengikut destinasi masing-masing.

Kerja-kerja pembinaan jambatan yang menelan kos kira-kira RM15 juta bermula Ogos 2016 dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.