PEKAN - Selepas dilanda banjir, kini fenomena air paya gambut berwarna hitam mengalir ke Sungai Pahang selepas banjir surut pula menjadi punca ikan sangkar mati sehingga penternak mengalami kerugian mencecah RM300,000.

Situasi itu menyebabkan ikan sangkar seperti patin, kerai, tilapia dan jelawat mati setiap hari sejak dua minggu lalu.

Seorang penternak, Mohd Rosli Mat Resat, 36, berkata, dia kerugian RM18,000 apabila ikan sangkarnya mati setiap hari akibat air paya gambut yang berbau masam.

“Saya alami kerugian sejak banjir melanda dan sekarang disebabkan fenomena air paya gambut pula. Boleh dikatakan hampir semua penternak ikan sangkar di Sungai Pahang mengalami kerugian disebabkan ikan mati ketika mula banjir dan selepas banjir,” katanya yang mempunyai empat  sangkar ikan di Kampung Tanjung Medang, di sini.

Ahmad Abdullah, 70, pula mengalami kerugian lebih RM300,000 dalam tempoh dua minggu apabila ikan yang diternak dalam 80 sangkar di Sungai Pahang dekat Kampung Tanjung Medang, mati setiap hari.

Katanya, air paya gambut berwarna hitam yang bertakung beberapa minggu ketika banjir kemudian mengalir masuk ke dalam Sungai Pahang apabila banjir surut menjadi punya utama banyak ikan sangkar miliknya mati dengan jumlah banyak.

“Saya mengambil keputusan  buat ikan pekasam daripada ikan yang mati untuk elak kerugian lebih besar,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDAR JENGKA - Pihak polis mengesahkan penemuan mayat seorang pemuda di dalam lubang berisi minyak adalah mayat Mohammad Badrul Amin Mat Nanyan yang dilaporkan hilang di tempat kerja beliau di Kilang Kayu Lion Vest, Bandar Jengka, di sini, 1 November lalu.
  • PORT DICKSON - Dua lelaki yang sedang berkayak di Pantai Tanjung Tuan hilang, dipercayai akibat dipukul ombak sekitar jam 4 petang tadi, sementara seorang wanita terselamat.
  • ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemukan lemas dalam sungai Kampung Padang Patani, Langgar, di sini, lebih kurang jam 8.01 pagi hari ini.
  • KUANTAN - Seorang pemilik kedai tayar dijumpai mati dalam keadaan melutut dengan leher terjerut tali di Air Putih di sini, pagi semalam.
  • KAMPUNG RAJA - Seorang buruh binaan jalan keretapi warganegara China ditemui mati dengan kesan luka di leher dan patah beberapa anggota badan di tepi jalan Kampung Pinang dekat sini petang Isnin.