BUKIT BETONG - Sebuah rumah tinggalan sejarah zaman kolonial British di Kampung Kelua, Bukit Betong, di sini, kini hanya tinggal kenangan.

Kediaman yang dibina di atas tanah persendirian itu telah dirobohkan berikutan pemilik tanah membina tapak semaian pokok kelapa sawit.

Ketua Kampung Bukit Betong, Badra Isa Abdul Hamid berkata, rumah lama tersebut pernah didiami Pegawai Pusat Konservasi dan Pemuliharaan Hidupan Liar kawasan Hulu Jelai, Theodore Rathbone Hubback.

Menurutnya, Hubback yang dilahirkan pada 1872 pernah tinggal dan menjadikan kediaman itu sebagai pejabat Perhilitan sehingga 1942.

“Tarikh sebenar kediaman tersebut dibina kita tidak pasti tapi ciri-ciri dan keunikan seni bina rumah lama tinggalan zaman British itu jelas menunjukkan ia ada nilai sejarah.

“Kalau ikutkan memang sayang nak robohkan kerana ia merupakan salah satu bangunan lama zaman British yang masih terpelihara. Namun kita tiada hak untuk halang pemilik tanah,” katanya, semalam.

Badra Isa berkata, bapanya, Allahyarham Abdul Hamid pernah bekerja sebagai tukang masak di kediaman tersebut sewaktu Hubback bertugas sebagai pegawai Perhilitan.

Menurutnya, suatu ketika dahulu kediaman itu antara paling besar dan luas di Kampung Bukit Betong.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEKAN - Inisiatif menyusuri Sungai Pahang hingga ke Melaka melalui Program Ekspedisi Menyusuri Laluan Penarikan Bersejarah Di Dalam Tamadun Awal Melayu, bermula semalam, mampu menyokong dan mencungkil kembali fakta serta lokasi sejarah tinggalan zaman kegemilangan Hang Tuah di negara ini.
  • BALING - Sebuah kapal dagang zaman lampau dipercayai tertanam di sebuah kebun getah di Kampung Asam Jawa, di sini.
  • SEREMBAN - Tindakan seorang agamawan di negara ini yang didakwa seperti cuba mempertikaikan motif perjuangan Leftenan Adnan Saidi dan rakan sepasukan dalam Pertempuran Bukit Candu pada 14 Februari 1942 bukan sahaja disifatkan sebagai kurang bijak, malah menggambarkan kedangkalannya terhadap sejarah.
  • PEKAN - Kerajaan negeri menganggarkan perutukan sebanyak RM15 juta diperlukan bagi mewujudkan cadangan pembinaan 'Street Museum' di kawasan sekitar Jalan Masjid, di Kuantan.
  • SEREMBAN - Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) dan Jabatan Warisan Negara sedang menjalankan penyelidikan dan pendokumentasian bergambar bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul yang terletak di Jalan Tan Sri Manickavasagam, di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.