KUANTAN - Sebanyak 5,107 akaun pengguna di Raub bakal berhadapan dengan gangguan bekalan air selama hampir 15 jam, pada Selasa depan.

Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata gangguan bekalan itu berpunca daripada kerja membersihkan pasir di kebuk muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Bilut.

Gangguan bekalan air dijangka bermula pada pukul 8 pagi dan pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan secukupnya sebagai persediaan.

Kawasan yang terlibat ialah Felda Krau, Taman Lee Man, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Jalan Tan Tiong, Bukit Do, sekitar bandar Raub, Tanjung Gadong, Taman Bukit Koman, Sempalit, Taman Emas dan Taman Sri Raub.

Turut terjejas ialah Taman Sempalit Baru, Taman Amalina, Taman Kenanga, Taman Kurnia Jaya, Taman Lily dan sepanjang Jalan Lipis ke Gali Estet.

Paip menambah mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-5739999. - Bernama