KUANTAN - Bekas  Pengarah Kanan, Seksyen Integriti, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Fauzi Husin dilantik menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu berkuatkuasa 7Jun lalu.

Beliau mengantikan Datuk Azmi Kamaruddin yang kembali ke Ibu Pejabat SPRM sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Perisikan).

Majlis serah terima tugas Pengarah SPRM Pahang disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Jaafar Mahad di Bilik Gerakan Kompleks SPRM Pahang di Indera Mahkota di sini, hari ini.

Fauzi, anak kelahiran Pasir Mas Kelantan berkhidmat dalam SPRM  selama 26 tahun bermula sebagai Ketua Unit Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) Kuala Lumpur.