MARAN - Empat maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 7KM 161.4 kira-kira jam 8.49 pagi tadi.

Dalam kemalangan yang turut berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Maran susur keluar Maran itu, kesemua mangsa menaiki kenderaan jenis Perodua Myvi dan mangsa yang maut melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki tersepit akibat kejadian tersebut.

Manakala dua lagi mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita itu mengalami kecederaan.

Pegawai Operasi, Shamsyl Affendy Sulaiman memberitahu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Maran bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya terdapat empat mangsa yang tersepit dan pihaknya menggunakan hidraulik cutter untuk mengeluarkan ke semua mangsa terbabit.