BENTONG - Sejak disahkan menghidap barah tulang sejak 2002, kehidupan seorang warga emas berubah apabila dia hanya mampu terlantar dan memerlukan perhatian rapi daripada ahli keluarganya.  

Dahulunya, Fatimah Madon, 65, seorang yang aktif dan tidak suka duduk diam.

“Makcik tak boleh nak buat apa dah...baring sajalah atas katil ni, nak bangun pun memang dah tak larat.

“Anak makciklah yang tolong papah kalau nak ke bilik air,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Chemomoi, di sini semalam.

Anaknya, Zainif Tarnjis, 49, berkata, walaupun ibunya sudah lama menderita akibat barah tulang, dia tak pernah berhenti berdoa supaya ibunya cepat sembuh.

“Anak mana yang mahu lihat ibunya sakit. Siang malam saya tidak putus-putus berdoa supaya ibu saya akan pulih seperti biasa. Dulu memang ibu tak duduk diam, ada saja benda dia nak buat. Tapi nak buat macam mana kami reda dengan percaturan ALLAH.

“Sekarang ini, saya yang jaga ibu...suamilah yang sara kami sekeluarga. Dia kerja kampung, pendapatan pun tak seberapa,” katanya.

Zainif berkata, walau bagaimanapun dia bersyukur kerana ibunya pernah menerima bantuan dan sumbangan daripada individu yang prihatin.

Nasib Fatimah mendapat perhatian PKR cabang Bentong yang menyumbangkan kerusi roda. Sumbangan diserahkan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sempena lawatan beliau ke rumah warga emas itu.

Sementara itu, Saifuddin berkata, sumbangan itu adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

“Sumbangan yang tak seberapa itu diharap dapat ringankan beban Fatimah. Senanglah lepas ni dia nak ke mana-mana daripada terlantar saja.  Kita akan pastikan golongan yang layak tak tercicir terima bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, Zainif menghargai sumbangan itu  dan menganggap ia merupakan hadiah istimewa buat ibunya.

“Saya berterima kasih kepada ahli jawatankuasa program di atas keprihatianan. Kerusi roda ini akan mudahkan pergerakan ibu," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJONG KARANG - “Saya tak sangka Tan Sri Noh Omar sudi bantu buatkan rumah kecil untuk saya berteduh bersama isteri,” demikian luahan penduduk kurang upaya (OKU), Muhammad Sahbudin, 29.
  • KUALA SELANGOR - Susah untuk bergerak dengan kaki kiri kudung dalam rumah yang sempit membuatkan pasangan suami isteri tinggal di pondok terbuka dengan keadaan serba kekurangan di Kampung Asahan, di sini.
  • SUNGAI PETANI - “Ini tahun keempat saya menyambut Deepavali tanpa kaki,” luahan penderita sakit kencing manis, George Benjamin, 54, dari Kampung Kok Seng, Kuala Ketil.
  • KLANG - Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja (JPMBBR) memerlukan dana sebanyak RM3.3 juta lagi bagi melengkapkan pembinaan institusi keagamaan itu.
  • KUALA LUMPUR - “Pernah kami naik motosikal ke hospital, suami yang bawa tapi saya tunjukkan arah kerana matanya sudah tidak dapat melihat dengan jelas. Namun kini keadaan bertambah teruk kerana suami sudah tidak boleh berjalan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.