KUALA ROMPIN - Dua warga asing yang melarikan diri selepas ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di Kampung Kemboja Tanjung Gemok, di sini, sekitar jam 4 petang semalam, berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, berkata, dua lelaki warga Myanmar berusia 36 dan 32 tahun itu dihampiri pihak polis ketika mereka yang menaiki motosikal berhenti di tepi jalan.

Menurutnya, ketika dihampiri dan mengenalkan diri sebagai Polis, tiba-tiba kedua suspek turun dari motosikal lalu melarikan diri ke arah semak berhampiran.

"Polis bertindak mengejar dan berjaya menangkap kedua suspek setelah berlaku pergelutan. Polis menyiasat latar belakang suspek namun salah seorang gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.

"Pemeriksaan fizikal dilakukan namun tidak menjumpai apa-apa barang yang salah. Bagaimanapun polis menemui bungkusan plastik warna hitam dalam raga motosikal yang berisi tiga paket plastik lut sinar berisi ketulan dan serbuk keputihan disyaki dadah berbahaya," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Azli berkata, hasil siasatan awal mendapati kedua suspek tiada rekod lampau tetapi ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Opiate.

"Hasil pemeriksaan awal dadah yang dirampas merupakan jenis heroin (104 gram) dan dianggarkan bernilai RM1800," katanya.

Kes disiasat Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.            

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NILAI - Seramai 350 individu ditahan daripada keseluruhan 680 warga asing yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Fasa Tiga di Kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3 di sini hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing dan pelanggan yang leka berhibur di sebuah pusat hiiburan, di sini diserbu pihak berkuasa malam tadi.
  • NIBONG TEBAL - Kehadiran warga asing yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan kilang Sungai Baong di sini bukan sahaja menjejaskan peniaga tempatan, malah kehadiran mereka turut menimbulkan rasa tidak selesa penduduk setempat.
  • AMPANG JAYA - Seorang lelaki yang sedang berhibur dalam keadaan ‘lalok’ antara dicekup dalam serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke di sini, malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.