BENTONG – Dua remaja maut kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 2.4 Jalan Bentong-Karak iaitu di hadapan Restoran Dapur Kita, di sini kira-kira jam 11.45 malam kelmarin.

Pelajar tingkatan empat, Muhammad Izzarul Mat Isa, 16 disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.30 pagi ketika menerima rawatan manakala Pubalan, 20, maut jam 4.45 pagi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, Muhammad Izzarul menunggang motosikal Yamaha 125Z bersama seorang pembonceng berusia 17 tahun dalam perjalanan dari arah Ketari ke Benus.

Menurutnya, Pubalan pula menunggang motosikal Honda EX5 bersama seorang pembonceng berusia 20 tahun dalam perjalanan dari arah bertentangan.

“Setibanya di tempat kejadian, kedua-dua motosikal dipercayai bertembung dan kesemua mangsa tercampak di bahu jalan.

“Rakan Muhammad Izzarul patah kaki kanan manakala rakan Pubalan patah kaki kiri,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa dirawat di Hospital Bentong.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa sudah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR GAJAH - Seorang pelajar perempuan di sebuah kolej maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di jalan Rantau Panjang di sini, semalam.
  • PUCHONG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang mencatat penurunan kadar kemalangan maut sebanyak 67 peratus pada Op Selamat 10/2017 berbanding tempoh sama pada Op Selamat 8/2016.
  • KUANTAN - Sehingga pukul 9.30 malam ini, mayat seorang pemandu lori masih tidak dapat dikeluarkan dari bawah kepala lori dipandunya yang terbabas dan terbalik sebelum termasuk ke dalam belukar di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Sungai Ular di sini, kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi.
  • SEREMBAN - “Arwah dah mula edarkan kad jemputan perkahwinannya sejak dua hari lepas, tapi apakan daya dia meninggal dunia sebulan sebelum majlis perkahwinannya berlangsung,” luah Abd Suhaimi Abd Malik,57, bapa saudara kepada Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz,37, yang maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Putus-Kuala Pilah di sini, kelmarin.
  • KOTA KINABALU - Seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tuaran Bypass, dekat sini semalam.