BENTONG - Polis berjaya menumpaskan dua geng pencuri motosikal yang aktif di negeri ini selepas menahan 18 lelaki  dan menemui semula 22  rangka motosikal yang dibuang dekat sungai di tiga daerah berbeza  di negeri di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kedua-dua sindiket dikenali Geng Zaini Tersang dan Geng Dollah Mempaga yang bergiat dalam kegiatan curi motosikal sejak Disember tahun lalu

Menurutnya, bertindak hasil maklumat dan risikan, polis telah menahan sepuluh lelaki Geng Zaini Tersang berusia 14 hingga 34 tahun di rumahnya di sini pada 18 Ogos yang lalu

“Hasil penahanan mereka, pihak polis berjaya menemui pelbagai peralatan mencuri motosikal dan komponen motosikal telah dileraikan. Kesemua mereka telah mengaku mencuri beberapa motosikal sekitar Cheroh dan Dong sejak akhir tahun lalu.

"Berdasarkan siasatan mereka membuang rangka motosikal yang telah dileraikan ke dalam sungai di sekitar Cheroh dan Dong. Pihak Polis berjaya menemui semula lima buah rangka kenderaan itu dalam sungai tersebut dan kita juga turut merampas tiga buah motosikal hasil penangkapan suspek,”katanya pada sidang media di IPD Raub di sini, hari ini

Wan Mohd Zahari berkata, polis kemudian membongkar satu lagi sindiket curi motosikal membabitkan Geng Dollah Mempaga apabila menahan lapan lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun pada 13 September yang lalu

Beliau berkata, kesemua suspek mengaku mencuri beberapa motosikal di Bentong dan Temerloh sejak Disember tahun lalu sebelum menjual beberapa komponen motosikal yang telah dileraikan sebelum rangka motosikal dibuang ke dalam sungai.

“Polis turut merampas peralatan mencuri motosikal dan pelbagai komponen kenderaan itu serta menemui 17 rangka motosikal di sekitar sungai di sekitar Mempaga, Lurah Bilut, dan Lanchang dan kita juga turut merampas dua buah motosikal susulan penahanan mereka, katanya.

Beliau berkata dengan penangkapan kedua-dua geng curi motorsikal tersebut, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 45 kes curi motosikal di daerah Raub  susulan penahanan dua kumpulan berkenaan dan semua mangsa kini direman bagi membantu siasatan.

“Suspek geng Dollah Mempaga kini kita telah diserahkan kepada IPD Bentong untuk tindakan lanjut susulan terdapat kes kecurian motosikal yang dilakukan oleh mereka di daerah tersebut,”katanya

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu curi motosikal. Sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun atau melebihi tujuh tahun atau denda," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA TINGGI - Polis berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan di Teluk Ramunia, Sungai Rengit di sini dengan tertangkapnya lapan suspek termasuk dua suspek yang dikehendaki polis dalam satu operasi khas Ops Lejang Ramunia, kelmarin.
  • SEGAMAT - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya melumpuhkan sindiket mencuri motosikal di daerah ini dengan penahanan 35 suspek termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dalam operasi berterusan 'Team Lejang'.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki menangis teresak-esak merayu Mahkamah Majistert Kuala Terengganu, hari ini, melepaskan isterinya atas tuduhan mencuri motosikal bersama-samanya.
  • KUANTAN - Selepas mereka mencuri motosikal dan meleraikan komponen satu persatu, mereka menawarkan barangan tersebut di laman sosial yang dipercayai mempunyai pelanggan tetap.