KUANTAN -  Pemandu dan penumpang sebuah kereta milik kedutaan China terbabit dalam kemalangan di Kilometer 240.5 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2 petang itu, mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Timbalan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Harul Sani berkata, dua warganegara China itu dalam perjalanan menghala ke Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta jenis BMW yang dinaiki dipercayai  terbabas dan melanggar tebing.

"Pihak bomba tiba di lokasi jam  2.15 petang tadi untuk bantuan bagaimanapun kedua-duanya hanya cedera ringan.

“Mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.