KERDAU – Dua beranak maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dipercayai ketika seorang bapa menghantar anak perempuan­nya ke sebuah sekolah berhampiran kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, mangsa yang mati dikenali Fauzil Harun, 56, seorang pesara dan anak perempuannya Nur Fatihah Fauzil 10, murid pendidikan khas orang kurang upaya (OKU) sebuah sekolah di sini.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila Fauzil menunggang motosikal dari arah Temerloh ke Jerantut dan apabila tiba di simpang Kampung Jenderak mangsa memperlahankan motosikal untuk membelok ke kanan.

“Ketika itu, datang sebuah Perodua Alza dari arah belakang dipandu lelaki gagal mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki kedua-dua beranak itu mengakibatkan mereka tercampak di atas jalan bertentangan.

“Kedua-dua mangsa kemudian dirempuh pula sebuah kereta Honda dari arah Jerantut yang dipandu seorang lelaki.

“Akibat kecederaan parah di kepala, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian­,” katanya kepada media semalam.

Mohd Nor berkata, kedua-dua pemandu kereta yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan, pemandu kereta yang merempuh mangsa dari belakang ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kemalangan maut.

Sementara itu, Mohd Nor menasihati penunggang motosikal yang menggunakan jalan Temerloh–Jerantut supaya sentiasa berhati-hati kerana kerap kali berlaku kemalangan maut di jalan berkenaan.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KERDAU - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menerusi Majlis Ayahanda Temerloh menganjurkan program meraikan 15 anak yatim di Kerdau, di sini, kelmarin.
  • KERDAU - Seorang penoreh getah di Kampung Peragap, di sini tidak mampu menyiapkan rumah untuk keluarganya apabila dia terpaksa menanggung kos ubat serta berulang alik ke Kuala Lumpur untuk merawat dua anaknya yang kurang upaya.
  • KERDAU - Wanita Umno akan memperluaskan lagi peranan Skuad An-Nur dengan memberi bantuan kepada golongan miskin yang menghadapi masalah perundangan Islam di mahkamah syariah di seluruh negara.
  • KERDAU - Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) bagi kawasan Dun Kerdau yang dicadang dibangunkan di Kampung Bukit Lada dan Kampung Benum, di sini mestilah dibina pada harga mampu milik sekitar RM100,000 ke bawah.
  • KERDAU - – Lima penduduk dalam kawasan Dun Kerdau menerima sumbangan daripada kerajaan negeri Pahang berjumlah RM24,000 kerana pelbagai masalah yang menimpa mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.