KUANTAN - Polis Marin Wilayah 3 berjaya membongkar kegiatan penyeludupan minuman keras didalangi dua beranak hasil serbuan ke atas dua premis berasingan di sini, semalam.

Susulan penahanan dua beranak berusia 32 dan 59 tahun itu membawa kepada rampasan 7,794 tin minuman keras pelbagai jenama yang bernilai dianggarkan hampir RM70,000 termasuk cukai yang dielakkan.

Komander Pasukan Marin Wilayah 3, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, semua minuman keras yang dirampas dipercayai diseludup dan disimpan untuk diedarkan ke pasaran sekitar daerah ini.