BENTONG - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 2.5 Jalan Bentong-Karak berhadapan dengan Restoran Dapur Kita di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhammad Farhan Norhisam, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan jalan raya melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah motosikal jenis Modenas.

“Hasil siasatan awal berpandukan di tempat kejadian, kemalangan berlaku apabila mangsa menunggang seorang diri dari Ketari menuju ke Benus manakala pemandu Toyota Hilux, Lee Pou Yong, 45 bersama isteri dan anak memandu dari Benus menuju ke Bentong.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat daripada itu, berlaku pertembungan mangsa dengan Toyota Hilux tersebut dan menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan raya,”katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, hari ini.

Mohamad Mansor berkata akibat hentakan yang kuat penunggang motosikal tersebut maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Bentong untuk post-mortem.

Manakala katanya, Pou Yong, isteri dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan  dan semasa kejadian, permukaan jalan didapati kering dan keadaan pada ketika itu cuaca dalam keadaan yang baik.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RANTAU PANJANG - Gara-gara membuat pusingan U, seorang pemuda maut selepas Motosikal Honda yang ditunggang bertembung dengan kereta Proton Saga di Kampung Kubang Rambutan, pada jam 9 pagi tadi.
  • ALOR GAJAH - Seorang pelajar perempuan di sebuah kolej maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di jalan Rantau Panjang di sini, semalam.
  • PUCHONG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang mencatat penurunan kadar kemalangan maut sebanyak 67 peratus pada Op Selamat 10/2017 berbanding tempoh sama pada Op Selamat 8/2016.
  • KUANTAN - Sehingga pukul 9.30 malam ini, mayat seorang pemandu lori masih tidak dapat dikeluarkan dari bawah kepala lori dipandunya yang terbabas dan terbalik sebelum termasuk ke dalam belukar di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Sungai Ular di sini, kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi.
  • SEREMBAN - “Arwah dah mula edarkan kad jemputan perkahwinannya sejak dua hari lepas, tapi apakan daya dia meninggal dunia sebulan sebelum majlis perkahwinannya berlangsung,” luah Abd Suhaimi Abd Malik,57, bapa saudara kepada Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz,37, yang maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Putus-Kuala Pilah di sini, kelmarin.