KUALA ROMPIN - Selepas kira-kira hampir dua tahun jawatan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) kosong, bermula 14 Jun lalu jawatan yang memikul tanggungjawab besar dalam menyelaras dan melaksanakan pembangunan pulau peranginan terkenal itu telah diisi oleh orang baharu.

Pegawai Tadbir Diplomatik, Khairur Rizal Ramli, telah dipinjamkan oleh kerajaan negeri bagi menggantikan Pengurus Besar sebelum ini, Datuk Hashim Mat Tahir yang telah bersara.

Menurut Khairur Rizal, menerima arahan untuk menguruskan agensi itu yang berperanan mengurus pulau dan pelancongan merupakan suatu cabaran baharu bagi dirinya yang sebelum ini tidak pernah terlibat dalam bidang itu.

Katanya, ruang lingkup tugasan yang berbeza itu disifatkannya sebagai peluang untuk belajar suatu yang baharu dan dalam masa sama dapat berkongsi pengetahuan dengan lebih ramai pihak.

"Saya maaih baharu  di sini dan buat peringkat awal saya akan melakukan semakan dan ulangkaji mengenai isu semasa yang dihadapi TDA serta cuba mengatasinya kerana banyak yang tertunggak selepas jawatan ini kosong.

"Kerajaan negeri juga ada menyenaraikan tiga isu utama untuk diberi perhatian dan diselesaikan iaitu bekalan air, jajaran jalan serta pembinaan masjid baharu," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Berasal dari Pekan, Khairur Rizal turut berharap akan dapat menjalinkan kerjasama erat dengan pemimpin setempat, Pejabat Daerah dab Tanah Rompin, Majlis Daerah Rompin serta wakil rakyat.

"Hubungan yang erat antara agensi kerajaan dan pemimpin setiap peringkat ini adalah demi memajukan Pulau Tioman sekali gus memberi kebaikan kepada penduduk, pelancong serta pihak terlibat," katanya.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAMPUNG GAJAH - Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Tapah maut manakala empat rakan mereka parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van di Kilometer 17, Jalan Bota Kanan - Teluk Intan berhampiran Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Pulau Tiga di sini, hari ini.
  • LABUAN - Selepas tujuh hari mengadakan operasi mencari seorang pelajar SMK Mutiara tanpa memperoleh sebarang petunjuk baharu, pasukan penyelamat memutuskan untuk menangguhkan operasi itu hari ini namun akan terus memantau keadaan, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.