JENGKA - Bumbung zink rumah bapa seorang wartawan di Felda Jengka 11 hilang diterbang angin menyebabkan bumbung berlubang dan dimasuki air dalam kejadian hujan lebat kira-kira jam 2.40 petang semalam.

Wartawan Sinar Harian (Maran-Jengka), Nor Khalilah Gusti Hassan berkata, ketika kejadian dia masih dalam perjalanan pulang ke rumah, manakala suaminya, Wan Sazli Helmi Wan Husin baru pulang dari berniaga.

Menurutnya, kedua-dua mereka menyedari bumbung tersebut hilang selepas pulang dari kerja masing-masing kira-kira jam 3 petang.

"Suami berasa hairan dengan keadaan terang dan cerah beserta angin kuat dari dapur rumah sedangkan kebiasaannya tanpa memasang lampu, dapur akan gelap.

"Masuk saja dalam rumah rasa angin kuat dari dapur. Keadaan cerah lain macam. Apabila tengok, air dah penuh membasahi dapur. Bumbung zink melayang entah ke mana. Dua keping terbang. Mungkin jatuh belakang rumah," katanya.

Sementara itu, Wan Sazli berkata, keadaan hujan yang masih lebat, menyebabkan beliau terpaksa segera memanjat bumbung dan menutup bahagian yang terdedah untik elak basah yang lebih teruk.

"Saya terpaksa tutup bumbung yang berlubang buat sementara waktu sebelum memasang semula zink. Kalau ikutkan memang bahaya sebab hujan, angin kuat dan guruh. Tapi kalau tak tutup lagi bahaya.

"Lubang besar dan air hujan masuk terus ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TUMPAT - Tingkat atas dua blok bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2 terpaksa dikosongkan buat sementara waktu kerana bumbung rosak dipukul ribut.
  • JELI - Kira-kira 16 buah rumah di Kampung Tunku Abdul Rahman kawasan Bukit Seraya di sini rosak dipukul ribut dalam kejadian jam 6.30 petang semalam.
  • DUNGUN - Beberapa peniaga di Pasar Besar Kuala Dungun mengalami kerugian apabila bangsal mereka diterbangkan angin dalam kejadian ribut kencang , di sini, petang semalam.
  • GOPENG - Seorang warga emas bersama anaknya alami detik cemas apabila bumbung rumah terbang ketika kejadian hujan lebat berserta angin kencang minggu lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.