KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut dipercayai didera ibu kandung, di Permatang Badak Maju, di sini, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, ibu mangsa kini ditahan polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.