MARAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memperuntukkan sebanyak RM5.7 juta bagi membayar elaun baharu kepada 1,728 bilal dan siak, di 599 masjid di Pahang, tahun depan.
   
Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pada tahun depan, elaun yang akan diterima bilal dinaikkan daripada RM200 kepada RM450, manakala siak akan menerima elaun RM400 berbanding RM200 sekarang.
   
"Kenaikan elaun sebanyak RM200 kepada bilal dan siak di negeri ini adalah sebagai penghargaan kepada perkhidmatan mereka yang semakin bertambah," katanya kepada pemberita selepas kursus peningkatan profesionalisme bilal dan siak kariah Pahang di Kolej Risda Kampung Awah, di sini malam tadi.
   
Katanya MUIP juga bersetuju membayar sagu hati secara sekali bayaran sebanyak RM864,000 kepada 1,728 bilal dan siak bagi menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
   
"Setiap mereka bakal menerima RM500 dan ia akan diberikan secara berperingkat dalam tempoh dua minggu ini," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Kerajaan Pahang telah mewartakan 32 tapak warisan di seluruh negeri di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dalam usaha untuk memulihara nilai sejarah kawasan berkenaan.
  • KUANTAN - Kerajaan negeri mengalu-alukan lebih banyak pembinaan hotel bagi menampung kedatangan pelancong yang semakin bertambah ke Pahang setiap tahun.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.