KUANTAN - Walaupun hanya menimba ilmu selama dua tahun di sekolah menengah, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat Muhammad Hafizuddin Nazlee, 18, untuk memperoleh keputusan 8A dalam peperiksaan SPM.

Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin itu mengakui sepanjang dua tahun bersekolah di situ, tumpuan lebih terpaksa diberikan bagi memastikan semua subjek dapat difahami sepenuhnya.

Katanya, dia tidak mahu ketinggalan dan terus gagal dalam pelajaran meskipun masih cuba membiasakan diri dengan sistem pendidikan di negara ini.

“Sebelum ini, saya belajar menghafal al-Quran di Afrika Selatan selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Saya berada di sana selama tiga tahun untuk mendalami ilmu agama.

“Selepas tiga tahun, alhamdulillah saya berjaya hafal 30 juzuk al-Quran dan pulang semula ke Malaysia.

“Bila pulang ke sini, saya masuk sekolah semula di tingkatan 4 dan mula belajar ilmu akademik untuk menduduki SPM,” katanya ketika ditemui di Dewan SMK Bukit Rangin, di sini semalam.

Anak ketiga daripada tujuh beradik mengakui kejutan daripada segi sistem pembelajaran dan ia tidak sama seperti sebelum ini, tetapi dengan adanya bantuan keluarga guru-guru serta rakan sekolah, kesukaran itu dilalui dengan tabah.

Katanya, dia belajar secara berperingkat dan bersungguh -sungguh hingga mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM sebelum ini.

“Saya lebih utamakan subjek yang dipelajari untuk tingkatan 4 dan 5, manakala bagi subjek semasa tingkatan satu hingga tiga, saya buat latihan untuk tajuk-tajuk tertentu sahaja.

“Jadual belajar saya biasa sahaja, tetapi saya lebih memberi penekanan untuk mengaji al-Quran dan ke masjid terlebih dahulu sebelum  ulang kaji subjek akademik,” katanya.

Muhammad Hafizuddin berkata, dia bercita- cita untuk menjadi seorang jurutera dan berhasrat menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Jepun.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Kagum dengan semangat Puteri Jeslina Natasha Mior Azlan Shah, 17, yang gigih untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meskipun kini derita menghidap kanser tumor di saraf tunjang tahap tiga, telah mendorong Kelab Komuniti Prihatin membantu remaja berkenaan.
  • JOHOR BAHRU - Seorang bapa tunggal gigih membesarkan empat cahaya matanya, sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik.
  • BATU PAHAT - “Saya tak ada rahsia tertentu, cuma kejayaan dua kakak dan abang saya yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jadikan inspirasi,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Temenggong Ibrahim, Zamzaila Adilla Abd Latif, 18.
  • IPOH - Belajar sama-sama, main pun sama-sama dan hasilnya pasangan kembar tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sam Tet memperoleh keputusan sama dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
  • ALOR GAJAH - Kesusahan hidup bukan penghalang seorang anak yatim untuk mengapai kecemerlangan dengan memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.