KUANTAN  -  Bagi mengatasi masalah membentuk biskut suji secara manual, tiga penyelidik Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) mencipta mesin semi automatik untuk menghasilkan biskut suji dengan lebih cepat.

Ketua Penyelidik, Aida Haryati Muda berkata, pihaknya mengambil masa enam bulan untuk melakukan kajian sebelum menghasilkan mesin berkenaan.

Menurutnya, dengan kos RM28,054 di bawah program Jaringan Penyelidikan Swasta – Awam (PPRN), beliau bersama dua rakan penyelidik, Masliana Idris dan Ahmad Zaifazlin Zainordin berjaya mencipta mesin itu dalam tempoh ditetapkan.

“Mesin semi automatik ini mampu meningkatkan pengeluaran selain mengurangkan penggunaan tenaga kerja.

“Sekali gus dapat menjimatkan kos operasi syarikat pengusaha biskut ini selain meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 67 peratus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Aida Haryati berkata, projek inovasi itu adalah sebahagian peranan yang dimainkan pensyarah ke arah melahirkan lebih ramai penyelidik di samping membantu pengusaha atau pihak industri.

Sementara itu, pengusaha biskut suji, Zainun Damirin berkata, beliau gembira dengan inovasi yang dijalankan kumpulan penyelidik berkenaan bagi membantunya mengatasi masalah dihadapi.

Katanya, dengan adanya mesin berkenaan, dia kini mampu menghasilkan lebih banyak biskut suji dalam satu masa.

“Proses membuat biskut menjadi lebih mudah selain menjimatkan kos operasi,” katanya yang beroperasi di Kluang, Johor.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEKAN - Penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mencipta mesin memotong daun mengkuang yang lebih selamat selepas melihat kesusahan masyarakat Orang Asli melakukan proses memotong daun mengkuang yang dipenuhi duri sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
  • RAUB - Sebuah syarikat, Dragon Fruit Nursery (DFN) yang membekalkan peralatan pertanian serta baja yang dipelopori oleh dua beranak, Mohd Azmeer Khan Ahmad Khan, 29 yang diilhamkan oleh ayahnya, Ahmad Khan,62 telah berjaya mencipta satu mesin membaja dan pada masa yang sama dapat menyiram pokok.
  • PASIR PUTEH - Kumpulan Kreatif dan Inovatif (TA Power) daripada Unit Fisioterapi, Hospital Tengku Anis (HTA) menemui kaedah lebih baik dalam memberikan rawatan posisi berdiri kepada pesakit kanak-kanak istimewa.
  • BESERI - Tiada kelayakan akademik yang tinggi bukan bermakna seseorang itu tidak mampu menghasilkan ciptaan yang hebat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.