KUANTAN - Bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk S Kumar antara 54 calon Pas yang akan bertanding di negeri ini pada PRU14.

Kumar, 45, yang juga Presiden Parti Generasi Baru akan bertanding di kerusi Dun Tanah Rata yang terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands.

Pencalonannya diumumkan Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar pada majlis pengisytiharan calon PAS dan Gagasan Sejahtera Pahang pada PRU14 di Padang Awam Cenderawasih, malam ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.