KUANTAN - Beberapa sungai di daerah Kuantan dan Bera di Pahang telah melepasi aras amaran berikutan hujan berterusan sejak petang semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran, sehingga 4 petang ini, Sungai Kuantan di Bukit Kenau mencatatkan aras air setinggi 20.18 meter, Sungai Belat di Sri Damai (3.25m) dan Sungai Lembing (38.51m).

Sungai Triang di daerah Bera pula mencatatkan aras air setinggi 33.70m. Jabatan itu turut meminta penduduk di sekitar kawasan berkenaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.