RAUB - Wanita Umno Raub akan menjadikan anak kepada seorang anggota bomba yang berusia 10 bulan yang menanggung derita akibat menghidap penyakit ekzema sebagai anak angkat.

Ketuanya, Zulriwaini Yahya berkata  pihaknya akan selalu mengunjungi Ahmad Safawi Othman, 29 dan isterinya Mariati Ismail,29 bagi mengetahui permasalahan dan bantuan yang diperlukan mereka untuk bayi mereka, Muhammad Hudzaifah

“Atas dasar keprihatinan dan simpati di atas bayi ini, kita akan mengambil bayi ini sebagai anak angkat kepada Wanita Umno Raub.

 “Kita akan terus memantau kesihatan bayi dari semasa dan semasa dan kami akan cuba sebaik yang mungkin untuk membantu mereka,” katanya kepada Sinar Harian selepas lawatannya ke rumah Ahmad Safawi di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin

Isnin lalu, Sinar Harian memaparkan kisah seorang anggota bomba, dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub di sini berdepan ujian berganda apabila bayinya yang berusia 10 bulan menanggung derita akibat menghidap penyakit ekzema.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Anak anggota bomba derita ekzema]

Dalam pada itu, Shahiruddin berkata Kerajaan Pahang akan memantau dan membantu keluarga tersebut yang sedikit banyak dapat meringankan beban  untuk  digunakan bagi merawatnya bayinya.

“Pihak kerajaan negeri  telah membantu sebanyak RM 7000 bagi meringankan beban Ahmad Safawi seorang anggota bomba yang  sebelum ini bertugas di Raub tapi kini telah bertugas di Jerantut kerana dekat dengan rumah keluarganya

“Kita harapkan kalau ada masalah dalam nak menguruskan perubatan anak ini saya harap Ahamd safawi akan memaklumkan kepada pihak kerajaan negeri supaya kita dapat membantunya untuk melihat anaknya sembuh semula,”katanya.

Sementara itu, Ahmad Safawi berkata dirinya terharu dan bersyukur apabila Umno ingin menjadikan anaknya sebagai anak angkat dan banyak membantu dan mengambil berat terhadap Muhammad Hudzaifah.

“Saya berterima kasih kepada pihak Umno kerana sangat mengambil berat dan sudi untuk menjadikan anak saya sebagai anak angkat mereka.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana tidak sangka ramai yang datang membantunya untuk menghulurkan bantuan bagi melihat bayi saya ini pulih sepenuhnya,”katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BESUT - Ketua Wanita Umno Bahagian Besut, Engku Naemah Engku Taib, dilantik sebagai Senator Dewan Negara bagi menggantikan Ketua Wanita Umno Bahagian Marang, Toh Puan Zaiton Mat Amin, yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 8 Jun lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.