KUANTAN - Bapa parah sementara dua anaknya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Batu 12, Jalan Gambang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, kenderaan jenis Toyota Avanza dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke longkang di bahu jalan.

Mangsa, Edros Mustakin parah di bahagian kepala dan patah tangan kiri kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) bersama dua anaknya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.14 petang.

Menurutnya, jentera bersama empat anggota keluar ke lokasi mendapati kemalangan membabitkan tiga lelaki dewasa dengan salah seorang parah.

“Pemandu kenderaan yang tersepit di bahagian hadapan berjaya dikeluarkan dan operasi tamat pada jam 4.57.

“Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut di HTAA,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUALLIM - Lagi nahas membabitkan motosikal, dua sahabat berasal dari Ampang, Selangor maut selepas motosikal jenis Honda RS150R yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 376.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini, petang tadi.
  • SUNGAI BESAR - Seorang mekanik terbunuh selepas tersepit antara pagar rumah dan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima yang mengundur dalam kejadian di Taman Makmur, di sini, tengah hari tadi.
  • KARAI - Seorang pelajar sekolah menengah nyaris terjatuh dalam Sungai Perak ketika melalui laluan motosikal bersebelahan Jambatan Victoria beberapa hari lepas.
  • BATU KIKIR - Seorang lelaki maut apabila motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di kiri bahu jalan.
  • KEMAMAN - "Dah sebulan pakcik rasa tak sedap hati. Tapi tak sangka pula ia petanda anak akan dijemput ALLAH," Luah warga emas, Ngah @ Choh Mohamad, 74, bapa kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi, Md Sendee @ Zalani, 41, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 317.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan susur keluar Plaza Tol Kerteh, semalam.