KUANTAN - Seramai 27 mangsa banjir di Rompin masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Rekoh pagi ini berikutan keadaan banjir di kediaman mereka belum pulih.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata hanya pusat pemindahan sementara di balai raya itu yang masih beroperasi dengan menempatkan enam keluarga.

"Mangsa melibatkan lapan lelaki dewasa, tujuh perempuan dewasa, 10 kanak-kanak serta masing-masing seorang bayi dan warga emas," katanya.

Semalam, pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Setajam ditutup dan 118 mangsa daripada 33 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu dibenarkan pulang. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Pengendali konsesi Lebuhraya Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) bersedia menghadapi bencana banjir di lebuh raya bawah seliaannya pada musim perayaan ini termasuk membentuk Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).
  • KAMPAR - Seramai 136 penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Gabes di sini, sudah dua hari terpaksa meredah air apabila jalan kampung runtuh.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.