KUANTAN - Banjir di Lipis semakin pulih apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu ditutup pada 4 petang tadi.  

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang dalam satu kenyataan media di sini hari ini, berkata, PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit yang menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Semua mereka dipindahkan ke PPS itu pada 10 pagi semalam, ekoran kampung itu dilanda banjir selepas hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam.

Bagaimanapun, mangsa banjir di PPS Balai Raya Kampung Lalang pada malam ini, bertambah lima orang menjadikan jumlah terkini kepada 13 orang daripada dua keluarga. - Bernama