PEKAN - Bangunan baharu Persatuan Perkumpulan Wanita (WI) Pekan yang siap dibina akan memberi kemudahan kepada ahli WI dan juga NGO lain untuk mengadakan aktiviti.

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan, Datuk Nor Azita Abdul Rahman berkata, peruntukan khas berjumlah RM700,000 disediakan untuk pembinaan bangunan tersebut.

Menurutnya, peruntukan di bawah Kementerian Kewangan itu adalah bagi membantu WI Pekan melengkapkan kemudahan sedia ada.

“Sebelum ini WI Pekan sudah mempunyai Rumah Memasak Tunku Azizah dan rumah aktiviti.

“Kini ia dilengkapi dengan dewan dan asrama yang boleh digunakan untuk seminar dan kursus oleh ahli WI dan NGO lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Korban dan Penyampaian sumbangan kepada warga emas WI dan persatuan bekas anggota Kemas Malaysia, semalam.

Hadir sama, Pengerusi WI Pahang, Datuk Melati Ali.

Nor Azita berkata, pihaknya berharap bangunan itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh WI dan NGO di Pekan khususnya.

Sementara itu, Melati berkata, pihaknya berbesar hati dengan peruntukan khas yang diberikan seterusnya merealisasikan hasrat WI Pekan untuk mempunyai bangunan berkenaan.

Katanya, ia akan menjadi pusat aktiviti persatuan wanita yang ada selain WI.

“Saya akan memastikan bangunan ini berfungsi dengan sebaiknya dan beberapa peralatan lain akan disediakan,” katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Penubuhan Malaysia 54 tahun dahulu telah membawa banyak peluang ekonomi dan pekerjaan baharu kepada rakyat Sarawak yang tidak pernah dinikmati mereka sebelum ini, kata Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.
  • SEREMBAN - Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menasihati semua pusat tahfiz di negara ini supaya menyerahkan pelan pembangunan premis mereka ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tujuan penelitian.
  • KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri pimpinannya mahu membangunkan semua kaum di negeri itu.
  • SANDAKAN - Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan untuk membangunkan negeri ini memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada rakyat, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.