JENGKA - "Makcik maafkan dia," itu luahan wanita mangsa tetak dan tikam anak kandung di Felda Jengka 10, di sini, semalam.

Benarlah kasih ibu hingga ke syurga. Meski pun menerima lapan tikaman dari darah daging sendiri, namun tak terdetik sekelumit pun amarah buat anak yang pernah dikandung selama sembilan bulan itu.

"Dia minta maaf pada makcik. Ye lah, ibu mana yang tak sayangkan anak. Makcik cakap semua kesalahan anak.

"Makcik maafkan. Selalu doa. Selalu maafkan. Semoga dia dapat pengajaran," ujar balu peneroka berusia 64 tahun itu.