MARAN - Seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinannya Julai tahun ini buntu dan sedih kerana gagal menghubungi ayah kandungnya walaupun telah diusahakan pelbagai cara sejak Mac lepas.

Sehubungan itu, pembantu kedai makan, Nurul Aziefa Abdul Aziz, 31, dari Bandar Pusat Jengka di sini, merayu bapanya atau sesiapa yang mengenali Abdul Aziz Ibrahim, 53, dapat menghubunginya secepat mungkin.

"Ayah dan mak bercerai ketika saya berumur tiga tahun. Sejak itu saya tinggal dengan mak di Bandar Pusat Jengka. Ayah pula menetap di Padang Lalang Temerloh.

"Saya berhubung dengan ayah pada usia 17 tahun sehingga Mac tahun ini. Waktu itu ayah menetap di Temerloh dan alamat terakhirnya di Rembau Negeri Sembilan. Saya pernah beritahu dia saya nak kahwin.

"Dia OK dan gembira dengan khabar ini tetapi sejak Mac lepas dia dah tak dapat dihubungi," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Menurut, Nurul Aziefa, ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan selama lebih tujuh tahun di Negeri Sembilan.

"Keluarga ayah masih ada di Temerloh. Bapa saudara dan adik lelaki saya pun ada jika saya perlu wali. Tetapi lebih manis ayah sendiri yang balik dan mewalikan saya. Itu harapan saya.

"Saya harap jika ayah baca artikel ini dapat hubungi saya di nombor telefon 0179711399," katanya yang kini menetap bersama ibu, Latiffah Jahron, 55, dan ayah tiri Abdul Hamid, 78.

Beliau bakal berkahwin dengan pasangan Wan Yahya Wan Samah, 38, yang berasal dari Ulu Tembeling.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Seorang pembantu kedai merayu abang kandungnya tampil ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan sebagai wali berikutan usahanya untuk berkahwin tidak kesampaian sehingga kini.
  • MARAN - Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya Mac tahun hadapan buntu dan sedih kerana gagal mencari ayah kandungnya walaupun telah diusahakan pelbagai cara lebih enam bulan lepas.
  • PAGOH - Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan buntu apabila usaha mencari bapanya sehingga kini masih belum ditemui.
  • KUALA BERANG - Seorang kakitangan kerajaan yang bakal bergelar raja sehari, mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali bagi majlis pernikahan yang dirancang bakal diadakan Februari depan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.