ROMPIN – Seorang lelaki Orang Asli putus tangan kiri akibat terkena tembakan adiknya yang cemburu kerana mengesyaki abangnya menjalin hubungan dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku sekitar 10 pagi Isnin lalu apabila mangsa yang berusia 23 tahun sedang mencari rotan di Kampung Berengoi, Bukit Ibam.

"Suspek yang berusia 19 tahun datang untuk bertanya mengenai hal itu, Bagaimanapun mangsa menafikan dakwaan itu hingga menyebabkan berlaku pergaduhan antara kedua-dua mereka.

"Suspek kemudiannya melepaskan satu das tembakan ke arah abangnya yang terkena tangan kirinya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azli menambah mangsa yang berlumuran darah lalu melarikan diri ke rumah ibu saudaranya yang terletak berhampiran tempat kejadian, yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Rompin.

Beliau menambah suspek ditahan sekitar jam 11 pagi pada Khamis selepas menyerah diri di Balai Polis Bukit Ibam.

"Polis merampas dua laras senapang buatan sendiri yang ditemui di pondok belakang rumah suspek dan mendapati suspek mencipta senjata itu sejak lima tahun lalu yang disembunyikan di pondok itu," katanya.

Azli menambah siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAJANG - Seorang pengurup wang dan pekerjanya cedera ditembak di perhentian bas Bandar Teknologi kajang malam tadi.
  • KUALA LUMPUR - Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya di Jalan Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini awal pagi tadi.
  • SUNGAI SIPUT - Tindakan pantas dan berani sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput berjaya menangkap seorang lelaki kurang siuman di Kampung Muhibbah, di sini.
  • KUALA LIPIS - Seorang ahli perniagaan parah terkena tujuh das tembakan di Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan, berhampiran Lombong Selinsing Gold Mine, di sini malam tadi.
  • MACHANG - Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan sepupunya dalam kejadian di Kampung Kerilla, Temangan dekat sini kira-kira jam 1 petang tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.