KUANTAN - Sebanyak 72 rumah terjejas dalam kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di sekitar Mentakab dan Temerloh, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu, melibatkan, Taman Saga  dengan 64 rumah terlibat,Taman Sri Layang (2),  Bukit Kelulut (1), Taman Desa Bakti (1) dan Taman Rimba (4).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kol (PA) Zainal Yusof memaklumkan, maklumat rumah-rumah terlibat dalam kejadian itu berdasarkan laporan sehingga jam 8.15 malam ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, kebanyakkan rumah mengalami kerosakan sebahagian bumbung rumah (atap tercabut) dan kejadian pokok tumbang.

"Belum ada laporan melibatkan kecederaan setakat ini.

"Difahamkan kejadian itu kini dalam tindakan penghulu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Pejabat Adun Lanchang untuk bantuan seterusnya," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • REMBAU - Seorang warga emas tidak putus meluahkan rasa syukur apabila cucunya yang sedang mengemas tempat tidur terselamat daripada dihempap serpihan atap, dalam kejadian ribut di Kampung Chuai Hilir, di sini, kelmarin.
  • REMBAU - ANGIN kencang sejak Sabtu lalu mengakibatkan lapan buah rumah di Taman Seri Rembau Fasa 1 dan tiga buah rumah di Kampung Chuai Hilir, di sini terjejas.
  • kaamunting - “Mujur anak-anak sempat selamatkan diri sebelum angin terbangkan bumbung,” kata Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh, Batu 4, Roslan Ahmad selepas terlibat dalam kejadian ribut petang semalam.
  • ALOR PONGSU - "Baru lepas banjir surut, sekarang rumah kena ribut pula."
  • KUALA NERANG - Sepasang suami isteri dari Kampung Bukit Endeng, Mukim Belimbing Kiri memohon kepada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan supaya dapat membaiki rumah mereka yang semakin rosak.