DURIAN TAWAR - “Masa mula-mula makcik cuma sakit pinggang, dan setiap kali berjalan mesti asyik jatuh. Tak sangka pula, rupa-rupanya makcik hidap sakit saraf.”

Demikian kata Adriah Mat Yassim, 72, yang mengidap penyakit berkenaan sejak 2010.

Menurutnya, dia kini banyak bergantung kepada suami dan anak-anaknya untuk bergerak.

Adriah mengalami masalah saraf dari pinggang hingga ke kakinya menyebabkannya tidak boleh berdiri atau berjalan.

Dia berkata, seharian dia akan duduk di katil, dan sesekali di kerusi roda jika mahu ke bilik air untuk mandi.

“Kalau ikutkan, makcik pun tak larat juga kalau asyik diangkat, sebab rasa sakit sangat. Sebab tu, makcik banyak duduk di katil ni.

“Sesekali, makcik urut-urut kaki, buat latihan tangan sebab bimbang penyakit melarat ke tangan pula. Ini pun dah rasa kebas-kebas,” katanya.

Suaminya, Othman Hamid, 73, memberitahu, dalam tempoh dua tahun pertama diserang penyakit itu, isterinya masih mampu berjalan, dan keadaan mula makin teruk apabila Adriah perlu memakai lampin pakai buang sejak lima tahun lalu.

Katanya, dalam keadaan dirinya yang kurang sihat, dia perlu membantu mengangkat isterinya dari katil ke kerusi roda.

“Pakcik pun kurang sihat, tapi kenalah buat. Dia isteri saya, tanggungjawab saya. Tapi, anak-anak ada membantu,” katanya.

Sementara itu, anak mereka, Noreniza, 33, yang tinggal bersama berkata, dia baru menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 pada tahun ini kerana menjaga ibunya.

Difahamkan, walaupun bantuan itu tidak mencukupi untuk membeli lampin pakai buang, susu dan keperluan harian ibunya dalam tempoh sebulan, adik-beradik yang lain turut membantu mengikut kemampuan masing-masing.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANAH MERAH - Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan mendengar taklimat mengenai projek pembinaan persimpangan bertingkat di atas lintasan kereta api di bandar Tanah Merah sempena keberangkatan baginda ke jajahan ini, kelmarin.
  • SUNGAI DUA - Sakit saraf yang dihadapi seorang lelaki di Kampung Guar Kepayang, di sini mengakibatkan dirinya tidak dapat berjalan dan hanya bergantung dengan kerusi roda.
  • PASIR MAS - Seorang ibu dari Kampung Gong Dayak, di sini tetap tabah walaupun diuji dengan dugaan berat apabila anak bongsunya berusia lapan tahun menghidap penyakit saraf sejak lahir.
  • BALING - Seorang suri rumah dari Kampung Lahar Parang di sini, yang menderita sakit saraf tulang belakang memohon bantuan kerusi roda bagi memudahkannya bergerak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.