KUANTAN - Beberapa kawasan di sekitar Kuantan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berpunca kejadian paip pecah di Balok Pine di sini, hari ini.

Gangguan bermula jam 9 pagi tadi membabitkan 5,000 akaun pengguna melibatkan kawasan Balok Baru, Kampung  Balok, Balok Permai, Sungai Karang Darat, Sungai  Karang Pantai, Batu Hitam, Kampung  Gelugor Beserah, Kampung  Alor Ladang, Kampung  Baru, RRM Beserah, Kampung  Bahagia, Kampung  Jambu, RRM Taman Satelit, Chengal Lempong dan kawasan sekitarnya.

Pengurusan Air Pahang berhad (Paip) dalam kenyataannya memaklumkan, kerja-kerja-kerja membaiki paip pecah tersebut dalam tindakan pihak kontraktor dan dijangka siap menjelang jam 6 petang ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Beberapa kawasan di Shah Alam sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran henti tugas Rumah pam Sunway Kayangan, di sini yang terjejas akibat banjir kilat.
  • KUANTAN - Beberapa kawasan di daerah Pekan akan mengalami masalah gangguan bekalan air pada malam esok ekoran kerja pemeriksaan panel di Rumah Pam Peramu di Loji Rawatan Air Ganchong.
  • KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor sedang mengalami gangguan bekalan air sementara dan tekanan air rendah akibat masalah teknikal di Loji Rawatan Air SSP 2.
  • KUANTAN - Beberapa kawasan di Bera dekat sini, akan mengalami masalah bekalan air pada Isnin ini (6 November) kerana kerja penggantian dan mencuci tangki air bersih di Loji Rawatan Air Triang.
  • KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Petaling di sini, akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam bermula 10 malam ini ekoran kerja-kerja pembaikan kecemasan berikutan kebocoran di jajaran paip utama berhampiran Stesen Bas KTM Sungai Buloh.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.