KUANTAN - Seramai 47 orang daripada 15 keluarga di Rompin dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pahang, Zainal Yusof berkata, kesemua mangsa dari Kampung Kasing mula dipindahkan ke Dewan Datuk Hassan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Pianggu, Rompin petang semalam.

"Pemindahan melibatkan 14 lelaki, 11 perempuan dewasa, enam warga emas, 15 kanak-kanak dan seorang bayi perempuan," katanya.

Pihak berkuasa katanya sehingga kini masih berjaga-jaga berikutan keadaan hujan yang masih berterusan.

Isnin lepas, 30 orang daripada 12 keluarga di Sungai Lembing, dekat sini terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Kesemua mangsa itu, yang berpindah seawal 7 pagi telah dibenarkan pulang pada 6 petang hari yang sama. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.