JERANTUT – Kelab Warga Jerantut Lembah Klang (JKV) meneruskan Program Ziarah Ramadan buat tahun kedua.

Presiden Kelab Warga Jerantut Lembah Klang (JKV), Datuk Rozilan Salleh berkata, sebanyak 15 keluarga di empat buah kampung sekitar Jerantut menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian termasuk beras, gula, tepung, minyak masak, teh dan biskut disampaikan kepada keluarga miskin, orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal.

Sumbangan diagihkan dari rumah ke rumah di Kampung Bukit Rang di Pulau Tawar, Kampung Jerantut Feri, Kampung Lada dan Kampung Pulau Mansok oleh Presiden JKV, Datuk Rozilan Salleh.

Turut serta Setiausaha JKV, Ahmad Murad Idris dan AJK JKV, Ahmad Taufik Ismail, Amirul Hadi Hassan dan Fauzi Pilus bersama 20 ahli-ahli JKV.

Program kali kedua ini dibuat selepas program yang sama diadakan di beberapa kampung di Ulu Cheka di Jerantut tahun lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLANG - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM4.6 juta untuk membaik pulih infrastruktur serta pembinaan prasarana di dua pangsapuri dan sebuah kawasan perumahan setinggan di daerah ini.
  • TAIPING - Sebanyak 250 banting membabitkan poster ah long dan kain rentang haram telah diturunkan oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dalam satu operasi di sini.
  • BANDARAYA MELAKA - Kerajaan negeri berhasrat untuk mensasarkan 200 hektar tanah di negeri ini bagi tanaman jagung bijian dengan hasil pengeluaran yang dijangka mencecah 120,000 tan metrik (setiap empat bulan) dalam tempoh 12 bulan dari sekarang.
  • TAIPING - Sebanyak 13 premis perniagaan dikenakan tindakan sitaan dan rampasan kerana berniaga di kawasan larangan iaitu dengan meletakkan halangan di ruang kaki lima.
  • PETALING JAYA - Seekor kucing nyaris mati dibelit ular sawa seberat 25 kilogram dalam insiden di sebuah rumah di Jalan Gasing Indah, di sini.