SEREMBAN - “Dalam berdakwah kita tidak boleh meminggirkan insan yang memerlukan termasuklah golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), jika layak mereka boleh dibantu,” kata Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Menurut beliau, cara ini merupakan sebahagian daripada dakwah yang boleh membantu memulihkan golongan untuk kembali ke pangkal jalan.

“Jika mereka layak dan benar-benar memerlukan bantu, saya rasa tidak salah kalau kita membantu.

“Selain menghulurkan bantuan, kita juga boleh berdakwah secara halus dengan  mereka (LGBT) agar kembali ke pangkal jalan dan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna,” katanya.

Tambahnya, berdakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara, dan pemberian bantuan zakat itu merupakan antara cara halus yang boleh mendekati golongan ini, sekali gus membantu memulihkan mereka daripada kejahilan.