city
$entry.content.caption.value

BUKIT KATIL – Melaka watercity Resort yang tidak beroperasi sejak Jun 2007 akibat masalah pengurusan, bakal dibuka semula dalam tempoh enam bulan lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pusat percutian berkenaan dibuka semula kepada orang ramai selepas Yayasan Melaka memenangi bidaan, baru-baru ini dengan kos RM47 juta.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri merancang untuk melakukan perniagaan secara usahasama kepada pihak yang berminat.

“Harap dalam tempoh enam bulan ini, ada rakan kongsi. Tapi, kalau ada yang mahu beli, boleh tawar harga terbaik. Jika tidak, kita buat secara usahasama," katanya.

Hotel bertaraf tiga bintang itu mempunyai 320 apartmen serta kemudahan seperti restoran, kolam renang dan bilik persidangan.

Dua daripada empat bangunan hotel itu tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF).


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.